Tuesday, October 29, 2013

Kehilangan

Terusik semula rasa hiba di hati bila Mak Uteh kembali ke rahmatullah pada 30 September 2013.  Genap 7 bulan 2 hari selepas pemergian emak.

Rasanya baru sangat lagi kehilangan dan kesedihan emak diratapi.  Kini bertambah seorang lagi kehilangan insan yg di sayangi.  Walaupon sekadar emak sedara, tapi semenjak kehilangan emak semua adik beradek emak bagaikan emak dan ayah pada kami adek beradek menumpang kaseh sayang.

Lain rasanya bila dah tak de emak...ibaratkan anak2 ayam kehilangan ibu aje.. Bila raya amat terasa, tak de arah tuju rasanye.. mood pon entah kemana.

Mak Uteh - Hanisah bt Hj Mohamad dilahirkan pada 18/02/1943
Mak Uteh kembali ke rahmatullah menemui Ilahi di kala umor nye 70 tahun.  
Diserang stroke & Kamal temui dia dah terlantar di lantai koma.  Dimasukan ke Hospital Slim River 27/9/2013 (Jumaat)  Terdapat ketulan darah beku 3/4 di kepalanya - mungkinkah disebabkan pecahnya saluran darah akibat darah tinggi atau disebabkan dia jatoh pengsan semasa kena stroke.  Sempat pegi melawat di Hospital Slim River pada hari Ahad (28/9/2013)...masih koma.

Pada 30/9/2013 Mak Uteh menghembuskan nafas terakhir nya jam 6.30 petang di hospital.
Innalillahi wa inna hirojiun...alfatihah.  

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin.







No comments:

Post a Comment