Tuesday, October 29, 2013

Kehilangan

Terusik semula rasa hiba di hati bila Mak Uteh kembali ke rahmatullah pada 30 September 2013.  Genap 7 bulan 2 hari selepas pemergian emak.

Rasanya baru sangat lagi kehilangan dan kesedihan emak diratapi.  Kini bertambah seorang lagi kehilangan insan yg di sayangi.  Walaupon sekadar emak sedara, tapi semenjak kehilangan emak semua adik beradek emak bagaikan emak dan ayah pada kami adek beradek menumpang kaseh sayang.

Lain rasanya bila dah tak de emak...ibaratkan anak2 ayam kehilangan ibu aje.. Bila raya amat terasa, tak de arah tuju rasanye.. mood pon entah kemana.

Mak Uteh - Hanisah bt Hj Mohamad dilahirkan pada 18/02/1943
Mak Uteh kembali ke rahmatullah menemui Ilahi di kala umor nye 70 tahun.  
Diserang stroke & Kamal temui dia dah terlantar di lantai koma.  Dimasukan ke Hospital Slim River 27/9/2013 (Jumaat)  Terdapat ketulan darah beku 3/4 di kepalanya - mungkinkah disebabkan pecahnya saluran darah akibat darah tinggi atau disebabkan dia jatoh pengsan semasa kena stroke.  Sempat pegi melawat di Hospital Slim River pada hari Ahad (28/9/2013)...masih koma.

Pada 30/9/2013 Mak Uteh menghembuskan nafas terakhir nya jam 6.30 petang di hospital.
Innalillahi wa inna hirojiun...alfatihah.  

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin.







Thursday, March 14, 2013

Perginya bonda menemui Ilahi....

Emak lahir pada 23hb April 1940.  
Emak kembali ke rahmatullah pada 26hb Februari 2013 jam 1900 hrs.









Rasanye tahun 2013 ni banyak sangat dugaan yg menimpa, lepas satu per satu.

Bermula pada tahun 2013 ni jugak la, terlampau laa buzy setiap minggu dengan pelbagai aktiviti.  Mostly yg ade melibatkan emak. 

Flash back balik saat2 bersama emak....

26-28 Januari 2013  
Mak datang seminggu awal dari hari kenduri berlangsung. Turut sama sibuk menolong mengisi goodie bag. Sesekali Mak Uteh pon ade datang ke Taman Beringin menolong bila tau yg emak ade di rumah Angah.


Semasa hari kenduri pon emak begitu sibuk ke sana kemari jumpa setiap sedara yg datang.. biarpon lututnya sakit terdengkut2.

Masa sessi pengambaran, kami tau emak tak nak naik stage...tapi dia gagahkan jgak mendapatkan anak2 cucu2nye nak bergambar bersama.


09 Februari 2013
Program bersama Kak Long/ Syairah, Uni pergi ke Rumah Anak2 Yatim Titian Kasih di Tasik Titiwangsa.  Tak sangka pulak emak nak ikut.  Itulah sedekah terakhir emak di Rumah Titian Kasih ini.  Moga anak2 yatim ini dapat mendoakan emak di sana.






11-12 Februari 2013
Raya Cina. Boringnye cuti lama2 tapi tak pegi memane.  So we plan pegi Kalumpang...just in a small group.



16 Februari 2013
Mak beria2 nak balik Teluk Intan - pegi jemputan kahwin anak Pak Ngah Salleh & Mak Yam.  Lepas sorang2 anak2nye dia tanya & ajak balik.  Alhamdulilah somi paham & dapat greenlite nak bwak emak balik Tk Intan.  Yang pegi cuma emak, myself, uni, anis & elina.  Seronok sungguh dia dapat jumpa sedara2 kat Cenderong Balai tu.  


Dari Cenderong Balai singgah pulak ke umah Mak Unah. Mak kata malas nak keluar 2-3 kali, teros je.  Lama jugak la besembang ngan Mak Unah/ Pak Malek. Cerita pasal org meninggal kat Gunung Tahan... citer pasal perbalahan antara mak & maklang tentang tanah kubur di Putrajaya................


17Februari 2013
Mak dah siap awal.  Ajak mak pegi kubur before pegi breakfast.  Tak nak plak dia ikut.  Dia tunggu dengan lelain kat umah besiap packing2 nak balik.  Breakfast nasi lemak kat tepi sungai, rutin biasa ke pasar pagi..borong ape yg ade.  Last jumpa Nordin& wife kat Pasar pagi tu.

Balik lalu ikut Sabak Bernam sebab nak hantar Anis balik Poli.  Singgah kat Cendol Bakar.
Sampai Selayang, mak & uni shot teros balik.




24 Februari 2013
Ingat nak g swimming kt Putrajaya but before that celebrate bufday Ita, Aida & Haikal kat Tasik Putrajya.  Makan2 & just have fun...tapi tak lama sebab ari dah mendung & nak ujan.  So we pack everything lepak kat umah Esya sampai maghrib.

Masa kat tasik tu emak sibuk tpon Mak Unah soh datang - berkali2 dia tpon.  Alhamdulilah dtg jgak dia ke umah Esya.  Again the same topic mak citer pasal kubur kat putrajaya..


Lepas maghrib...pegi la sekejap swimming.  Time nak balik tu...........this is the very last moment pelok & cium mak.  Sejuk & wangi je pipi mak masa tu. Dalam ati ade terdetik...will i be seeing her again to hug & kiss her? ;(


**~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Selasa 
26hb Februari 2013
1858 hrs keluar dari ofis seperti biasa.
1910 hrs - terima panggilan dari Ita semasa driving (laluan biasa lalu belakang rumah MakMah Ciklan).  Ita bunyi macam kelam kabut..tak dapat tangkap butir2 perkataan ape yang ita cakap..yg kedengaran cuma kata "Akak..emak dah tak de" ... 

Ya Allah....betol ker? Baru je 2 hari lepas spend time ngan mak pegi Tasik kat Putrajaya celebrate bufday Ita, Aida & Haikal.  Lepas tu spend time kat rumah Esya sbb hujan.  Macam tak percaya je...betol ke ape yang Ita cakap ni...


Mak nampak sihat je... cuma biasa la sakit lutut je kalo dia bawak banyak berjalan ke sana ke mari.  Mak tak de ape2 masalah lain pon.  Ya Allah... kenapa cepat sangat Kau ambil emak dari kami..rasa bercelaru masa tu. Tak tau nak fikir ape... dalam bebayang2 keep on drive sampai umah.

Packing barang2 & terus shot ke Bangi.  Lemah longlai rasa kaki melangkah masuk & nampak jenazah mak dah dibaringkan di ruang tamu. Wajah yg begitu aman nampak nye..bersih & senyum je nampaknye mak.

Jenazah mak akan dikebumikan di Yayasan Jenderami, satu kawasan perkampungan islamic - di mana tempat para alim ulama berhimpun menuntut ilmu agama. Alhamdulila cantek kawasan tu.  Kalau masa hayat mak, ingat nak belajar ngaji disana.......tapi rupanye emak menetap disana.  

Emak dikebumikan pada 27hb Februari 2013 keesokan hari nye - sebab menunggu kehadiran adek2 emak buat menatapnye kali terakhir.


Ciuman terakhir buat emak..........rindunya kami anak2 mak nanti...

Antara tanda2 kematian menghampiri....

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



    



 ..........ingat ke Naura kat opah nanti ??


Ada sahabat mengatakan.... arwah bapa dah lama menunggu emak.... kena redha dengan pemergian emak.... ;(

02 Mac 2013 - kami adek beradek semua balik ke Teluk Intan buat Tahlil hari ke 4 di Teluk Intan.



Bila diingat2kan balik....hari2 akhir bersama emak, emak ade pesan .......

Buat Aisyah  -  tegor2kan esya suruh jengok2 laa nenek Ijat, bawa Naura jumpa nenek selalu & jangan berat sebelah.  kesian kat nenek tu, kata mak.

Buat Uni  -   mak suruh nasihatkan agar Uni sambung belajar & masuk maktab.  Mak kata mak nampak Uni minat mengajar bebudak.  Emak nak sangat Uni masuk Maktab & jadi cikgu.

Ya Allah...Kau ampunilah segala dosa ke dua ibubapa kami.
Terangi & lapangkanlah persemadian mereka
Tempatkan lah mereka di syurga mu Ya Allah


Al Fatihah.....



Tuesday, May 29, 2012

Zaman~zaman kegemilangan....


Dok ngemas~ngemas important document.. tengok balik birth cert,
ic & passport lama... senyum sesorang... hehehee


i used to have 2 birth cert.. actual one with birthdate 24 december 1965. than bapak register again .. kunun2nya rugi bila sekolah nanti umo muda... (till now masih tak paham ape 'ruginya' tu...) ntah la...what ever. and 2nd one registered on 1 january 1966... tu le alkisahnya...

still kept a copy of my 1st ic... umo 12 tahun punya ic... hehee innocent!


my 2nd renewal ic ... my frens kata udah nampak cam muka cina laa plak..


my hubby passport...zaman muda belia


ni plak zaman remaja...heheee








My new collection...

Semenjak dua menjak ni asik laa gila tengok sunglasses.. pantang nampak, bekenan aje..
why not! after all its not that expensive pon...!! I don't really go for the expensive one pon!
hahaa.. ade laa plak yang jeles...

these are my models.....



pipi ketoi2... heheee

Monday, November 7, 2011

Raya Qurban - Aidil Adha Nov 2011

Hari raya Qurban 2011 - im not feelin well actually. Therefore, tak de la memasak~masak sangat pon. No rendang, no ketupat, no lemang. Just thinking of doing something different menu.

Anyway... my entry this time is about Qurban. Lets learn...

Definisi Qurban
Kata udhhiyah dan dhahiyah adalah nama hewan sembelihan seperti unta, sapi dan kambing yang dipotong pada hari raya nahar (qurban) dan tasyrik sebagai bentuk taqarrub (pendekatan diri) kepada Allah.

Dalil Qurban dalam Al-Qur’an
Allah telah mensyariatkan qurban sebagaimana firman-Nya:

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ * فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ * إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ

Sesungguhnya, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak. Maka laksanakanlah shalat karena Tuhanmu, dan berqurbanlah. Sungguh, orang-orang yang membencimu adalah orang-orang yang terputus. (QS. Al-Kautsar : 1-3)

وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ

Dan unta-unta itu Kami jadikan untukmu bagian dari syiar agama Allah, kamu banyak memperoleh kebaikan padanya. Maka sebutlah nama Allah (ketika kamu akan menyembelihnya)…(QS. Al-Hajj : 36)

Maksud kata nahr adalah penyembelihan binatang qurban sebagaimana keterangan dalam sebuah hadits bahwa Nabi SAW melakukan ibadah qurban dan begitu juga kaum muslimin. Para ulama telah sepakat (ijma’) akan pensyariatannya.

Keutamaan Qurban
Sebuah riwayat dari Aisyah r.a., Nabi SAW telah bersabda,

مَا عَمِلَ آدَمِىٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Tidak ada amalan yang diperbuat manusia pada hari raya qurban yang lebih dicintai oleh Allah selain menyembelih hewan. Sesungguhnya hewan qurban itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulu dan kuku-kukunya. Sesungguhnya sebelum darah qurban itu mengalir ke tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah. Maka tenangkanlah jiwa dengan berqurban. (HR. Tirmidzi)


Rasa taksub seketika bila pagi raya tu passing by Pasar Borong Selayang..
Masyarakat Myanmar bagaikan pesta merayakan hari raya qurban..








1st time tengok how they belah perot lembu tu.. alamak rasa cam kembang jugak tekak memula... (..& masih kembang jgak till now bila tengok video shot ni)
ooo gini rupanya depa mencuci perot lembu/ kambing tu...
all the while dok beli perut lembu ..dah puteh bersih dah...


what ever pon...i really amazed & respect with the Myanmar community! They really sepakat, bekerjasama, beramai-ramai mengerjakan qurban.

Wednesday, October 19, 2011

Sesaje nak ngilangkan borink....

Lama dah tak post new entry... time tengah rajin tapi tak de idea! time ade idea.. tpi malas!

Mentara now kat opis tengah low season (tak de keje sebenarnya..) dok laa menyelak2 gambo2 yg ada kat album in my pc keeping ni...im smiling to myself... hehehee

I notice that nowadays kids generasi skrang ni, bila begambo ...asik laa buat mata besor2 & yg palin2 tak suke is when they made their molot yg kununnya 'ala-ala comei'.... ishhh comei ker pon! tak gemor btol nengoknye !!!


haa..yg bwah ni special kes... hihihiiiii
sebab masih tahap trial...belom khatam lagi...

ngehh~ngeehhh......